RSS

Friday, January 15, 2010

BUBUR AS-SYURA PEMBUKA TIRAI 2010







Memasak bubur As-Syura pembuka tirai Program Panitia Pendidikan Islam Sk. Panchor bagi tahun 2010. kerjasama yang diberikan oleh guru-guru dan murid-murid dalam menjayakan program ini amat lah dihargai. Aktiviti memasak bermula pukul 7.30 pagi dan selesai hampir pukul 11.30 pagi. Ketua tukang masak tak lain tak bukan ialah cikgu medon. Sebanyak 4 periuk besar bubur As-Syura telah dimasak pada hari tersebut untuk diagihkan kepada hampir 1000 orang murid Sk. Panchor. Penyelaras program Sambutan Maal Hijrah peringkat sekolah pada tahun ini ialah Ustaz Aerwan. Tahniah kepada Ustaz Aerwan kerana program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik.Insya-Allah tahun cuba lagi yang terbaik...tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment