RSS

Sunday, December 20, 2009

DOA UNTUK SAHABATKU…salam maal hijrah...


Ya Allah

panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah

kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya

dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,

perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya

kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia

dan akhirat

Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati

seseorang yang hatinya

tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang

cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia

rindu,rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu

jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah

aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada

cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya

untukMu

Ya Allah…

kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,

kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak



Monday, December 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Saturday, November 21, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
NUR NAJIHAH BT MOHAMAD BASHAABIDIN
KERANA TERPILIH SEBAGAI
TOKOH MURID CEMERLANG KESELURUHAN SKP 2009




TAHNIAH! 23 ORANG 5A UPSR 2009


MURID-MURID YANG CEMERLANG 5A DALAM UPSR 2009 MENERIMA WANG TUNAI SEBANYAK RM 100 DARIPADA YDP PIBG SKP PADA HARI KEPUTUSAN DIUMUMKAN SEBAGAI GALAKAN KEPADA MURID-MURID YANG LAIN. ( senarai nama penuh murid yang mendapat 5A akan dikemaskini kemudian. Harap Maaf )

Friday, November 20, 2009

SELAMAT BERCUTI

Thursday, October 29, 2009

KURSUS KSPK KINI DIBUKA

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN KURSUS SIJIL PERGURUAN KHAS (KSPK) SATU TAHUN AMBILAN JANUARI 2010. Sesiapa yang berminat, sila klik gambar di atas untuk membuat permohonan.
Tarikh Tutup Permohonan ialah pada :
16 November 2009.

Monday, October 26, 2009

KEPUTUSAN PTK OGOS 2009

Untuk menyemak keputusan PTK, sesi Ogos 2009, sila klik pada gambar di bawah:


Selamat Berjaya.....

Sunday, October 25, 2009

LAWATAN SEHARI KE KL

TARIKH : 24 OKT 2009

ANJURAN : BAKEP

TEMPAT : KOMPLEKS KRAF & JLN TAR

Wednesday, October 21, 2009

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK PANCHOR

TARIKH: 20 - 23 OKT 2009
TEMPAT: PADANG SK. PANCHOR







ANDA ingin disayangi ATAU menyayangi?

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.

Monday, October 19, 2009

Renungan sbg Insan Bermotivasi..

Motivasi Diri Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Kalau pelajar yang ingin berjaya tentu memerlukan motivasi diri untuk mencapai kejayaan. Bagi seorang pekerja pula, tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik...tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu bosan akan muncul jua di dalam hati. Di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri..
  1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.
  2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.
  3. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.
  4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.
  5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.
  6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.
  7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.
  8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.
  9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.
  10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.
  11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.
  12. Mandi setiap hari... jangan malas mandi tau !
  13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.
  14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.
  15. Lakukan kerja seikhlas hati.
  16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Alla

JAMUAN HARI RAYA 2009