RSS

Sunday, January 3, 2010

TIPS HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

1. Letakkan murid dekat dengan rakan yang biasa ditemuinya misalnya rakan sebelah rumah.

2. Benarkan kanak-kanak membawa barang kesukaan mereka pada hari pertama. Anda boleh berbual dengan kanak-kanak tentang barang tersebut untuk meredakan kebimbangan mereka.

3. Benarkan ibu bapa menunggu untuk sehari kerana sukar bagi kanak-kanak untuk berpisah di hari pertama. Beransur-ansur minta ibu bapa balik bila lihat keadaan anak mereka sudah stabil.

4. Minta ibu bapa ambil anak mereka tepat pada waktu balik supaya dapat mengelakkan kanak-kanak rasa tidak selamat.

5. Sebelum sekolah bermula, anda hiaslah kelas supaya lebih ceria. Sediakan belon atau alat permainan yang mencukupi untuk setiap kanak-kanak. Kalau perlu sediakan goodies bag sebagai penarik kepada kanak-kanak. Mungkin anda boleh berikan mereka pensel yang telah diikat reben yang menarik perhatian kanak-kanak.

Saturday, January 2, 2010

MALAM TAHUN BARU DISAMBUT DENGAN GERHANA BULAN







Sunday, December 20, 2009

DOA UNTUK SAHABATKU…salam maal hijrah...


Ya Allah

panjangkanlah umur sahabatku Kurniakanlah

kesihatan yang baik padanya,terangi hatinya

dengan nur pancaran iman.Tetapkanlah hatinya,

perluaskanlahrezekinya, dekatknlah hatinya

kepada kebaikan,jauhkanlah hatinya pada kejahatan,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia

dan akhirat

Ya Muhaimin

jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati

seseorang yang hatinya

tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang

cinta nafsu?Jagalah hatinya agar tidak berpaling

daripadamelabuhkan hatinya pada hatiMu.jika dia

rindu,rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu

Ya Allah

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh

dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu

jika kau halalkan aku merindui sahabatku,janganlah

aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada

cinta hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya

untukMu

Ya Allah…

kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan,

kecemerlangan hidup di dunia akhirat kelak



Monday, December 14, 2009

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1431

Saturday, November 21, 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA
NUR NAJIHAH BT MOHAMAD BASHAABIDIN
KERANA TERPILIH SEBAGAI
TOKOH MURID CEMERLANG KESELURUHAN SKP 2009




TAHNIAH! 23 ORANG 5A UPSR 2009


MURID-MURID YANG CEMERLANG 5A DALAM UPSR 2009 MENERIMA WANG TUNAI SEBANYAK RM 100 DARIPADA YDP PIBG SKP PADA HARI KEPUTUSAN DIUMUMKAN SEBAGAI GALAKAN KEPADA MURID-MURID YANG LAIN. ( senarai nama penuh murid yang mendapat 5A akan dikemaskini kemudian. Harap Maaf )

Friday, November 20, 2009

SELAMAT BERCUTI